HARI PENYELIDIKAN DAN INOVASI JABATAN PERDAGANGAN
Perkongsian pintar khususnya menerusi kajian penyelidikan dan inovasi dikalangan pelajar merupakan satu keperluan dalam meningkatkan cetusan idea serta penghasilan produk berdaya saing, kreatif dan mampu memenuhi permintaan pengguna masa kini. Dalam menjamin kesinambungan ilmu, hasil-hasil penyelidikan dan inovasi perlulah disebarluaskan. Hal ini sangat memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan pensyarah dan pelajar untuk hasil penyelidikan dan inovasi mereka. Sejajar dengan keperluan ini, Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau mengambil inisiatif menganjurkan Hari Penyelidikan dan Inovasi khusus buat para pelajar dan penyelia mempamerkan serta berkongsi idea berkaitan penyelidikan serta inovasi yang dihasilkan. Maklumat lanjut serta borang penyertaan sila KLIK